suria

Keadaan kesihatan Tom Hanks dan isteri semakin baik selepas seminggu dikuarantin akibat Covid-19

Tom dan isteri disahkan positif Covid-19 pada 12 Mac lalu.

PELAKON Hollywood Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson memberitahu keadaannya semakin baik selepas positif jangkitan Covid-19 pada 12 Mac lalu.

Menurut laporan Inquirer, Tom berkata dia dan isteri dalam proses pemulihan selepas dua minggu berada di hospital dan melakukan pengasingan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Hollywood Tom Hanks dan isteri disahkan positif Covid-19

"Dua minggu selepas gejala pertama kami dan kami berasa lebih baik," katanya.

Hanks merayu peminatnya agar mendengar nasihat dan membantu kerajaan untuk membendung pandemik ini.

"Perkara ini akan mengambil sedikit masa tetapi jika kita menjaga satu sama lain dan melepaskan beberapa keselesaan, penyakit ini akan cepat berakhir," ujarnya.

Tom Hanks

Artikel Lain