AHLI kumpulan Bon Jovi, David Bryan mengumumkan bahawa dia disahkan positif Covid-19. David mendedahkan perkara itu menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya pada Sabtu. "Saya baru sahaja mendapat keputusan saya hari ini dan positif virus Covid-19. "Saya sakit selama seminggu dan semakin pulih. "Tolong jangan takut! Ianya hanya selsema bukan wabak," katanya. Pemain keyboard berusia 59 tahun itu juga memberitahu bahawa dia sudah dikuarantin selama seminggu dan akan diuji lagi selepas beberapa hari. "Saya telah dikuarantin selama seminggu dan akan diteruskan lagi apabila saya berasa lebih baik saya akan diuji untuk memastikan saya bebas daripada virus jahat ini. David juga menasihatkan kepada orang ramai untuk menjaga kesihatan. "Tolong bantu antara satu dan lain. Virus akan berakhir jika kita saling membantu untuk mencegahnya” ujarnya. SUMBER: CNN