suria

James McAvoy hulur sumbangan RM1.5 juta bantu petugas barisan hadapan berdepan wabak Covid-19

James hulur sumbangan kepada pihak petugas barisan hadapan.

PELAKON James McAvoy membuat sumbangan sebanyak A$342,500 (RM1.5 juta) untuk membantu membeli alat pelindungan diri (PPE) untuk pasukan perubatan menghadapi penyebaran wabak Covid-19.

Menurut laporan Aceshowbiz, pelakon berumur 41 tahun ini turut mengajak orang ramai untuk membantu petugas barisan hadapan.

"Keadaan ini sangat penting kerana wang yang disumbangkan hari ini akan menyelamatkan nyawa ramai orang.

"Oleh itu, tolong kami untuk membantu kerajaan dan petugas barisan hadapan untuk menyelamatkan nyawa," katanya dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya.

Perkongsian James di Instagram menerima pujian pengikut.

Sumbangan tersebut akan disalurkan menerusi kempen #Mals4NHSHeroes yang dimulakan oleh sekumpulan doktor.

Ia berikutan kesempitan petugas kesihatan membeli peralatan perlindungan pegawai barisan hadapan seperti sarung tangan, penutup muka, pelindung mata dan baju pelindung.

Pada mulanya projek itu hanya meletakkan sasaran sebanyak AS$249,000 (RM1 juta).

 Namun, sasaran itu segera tercapai selepas pelakon X-Men itu menyerahkan sumbangan peribadinya.

James Mcavoy, Covid-19

Artikel Lain