PELBAGAI aktiviti boleh dilakukan bersama ahli keluarga semasa Perintah Kawalan Pergerakan atau kuarantin ini dan antara yang paling menarik perhatian masyarakat ialah kehidupan keluarga Raffi Ahmad. Menurut laporan Grid.ID, Raffi merakam video pendek isterinya iaitu Nagita Slavina menangis semasa menonton drama Kpop, Crush Landing On You. "Aduh tonton drama Korea ada pula yang menangis," katanya dalam satu video yang di muat naik di laman Instagram. Menyedari bahawa aksinya itu dirakam oleh suami, Nagita segera menutup muka dengan selimut hitam kerana berasa malu. Nagita menangis menonton drama Korea. Sementara itu, sebuah akuan Instagram yang diwujudkan oleh peminat menyiasat harga selimut yang digunakan oleh Nagita itu. Apa yang mengejutkan, hasil carian mendapati selimut jenama Givenchy itu berharga AS$1,065 (RM4,600). Rata-rata netizen terkejut dengan harga selimut milik tersebut. "Ya Allah mama Gigi (nama panggilan Nagita) itu wang 17juta rupiah hanya untuk mengelap air mata dan hingus saja. "Kain macam itu dipakai untuk menangis, kalau saya sudah dipamerkan di rumah sebab itu sama harga dengan motor bapa saya. "Kalau saya punya selimut itu, sudah saya letakkan di muzium," tulis beberapa netizen.