LADY Gaga berkongsi pengalaman menarik apabila dapat bekerjasama dengan kumpulan Kpop terkenal, Blackpink. Menerusi temubual bersama media Jepun tvgroove, penyanyi yang popular dengan lagu Bad Romance itu berkata dia menghubungi Blackpink bagi mendapatkan persetujuan merakamkan lagu Sour Candy. "Saya menghubungi Blackpink untuk bertanyakan jika mereka berminat untuk berkolaborasi. Mereka gembira dan menunjukkan minat untuk projek tersebut. Saya ingin menyokong wanita berpengaruh seperti Blackpink, dan mereka juga mahukan perkara yang sama," katanya. "Saya teruja ketika mendengar mereka mentafsirkan lagu tersebut dalam bahasa Korea. Saya memberitahu mereka bahawa bahagian mereka sangat kreatif dan menyeronokkan. "Blackpink adalah wanita muda yang cantik dan sangat berbakat. Melalui kerjasama ini, saya berasa bangga seolah-olah saya menjadi ahli kelima Blackpink," ujarnya. Lady Gaga mengumumkan pelancaran album keenam berjudul Chromatica pada awal Mei. Sour Candy merupakan salah sebuah lagu yang terkandung dalam album tersebut. Terdahulu, Blackpink memasuki pasaran Amerika Syarikat pada 2018 dan menduduki carta Billboard's Hot 100 dengan lagu Kiss and Make Up kolaborasi bersama Dua Lipa. Sumber: soompi Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!