PENYANYI dangdut yang juga isteri kepada mendiang Glenn Fredly iaitu Mutia Ayu membalas komen netizen yang bertanyakan tentang agamanya kini. Mutia yang sebelum ini beragama Islam berkahwin dengan penyanyi lagu Januari yang beragama Kristian telah menimbulkan banyak persoalan berkaitan anutan agamanya. Membalas komen itu, Mutia berkata, dia hanya akan mendedahkan agamanya jika individu itu mahu menanggung dosannya. "Maaf bertanya, kakak beragama Islam atau Kristian? Maaf kerana bertanya, saya cuma ingin tahu," soal peminat itu. "Kalau awak nak tanggung dosa , saya akan beritahu agama saya," balas Mutia. Bagaimanaupun, soalan yang diajukan peminat tersebut telah dipadam tidak lama selepas Mutia memberi respon. Sumber: Liputan6 Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!