suria

Lee Dong Gun padam foto mesra di IG, rupa-rupanya sudah bercerai! Bekas isteri dapat hak penjagaan anak

Hak penjagaan anak perempuan diberikan kepada bekas isteri, Lee Dong Gun iaitu Jo Yoon Hee.

SELEPAS tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Lee Dong Gun mengumumkan dia sudah bercerai dengan isterinya, Jo Yoon Hee.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan Lee Dong Gun iaitu FNC Entertaiment mengesahkan Lee Dong Gun mengambil keputusan untuk berpisah pada 22 Mei lalu.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan agensi tersebut, mereka memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan banyak pihak.

"Pertama sekali, kami meluahkan rasa sedih terpaksa menyampaikan berita ini kepada peminat yang menyayangi Lee Dong Gun.



Lee Dong Gun mengambil keputusan untuk bercerai selepas mereka berhadapan dengan masalah serius.

"Lee Dong Gun akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai selepas berhadapan dengan perbicaraan yang serius. Pada 22 Mei lalu, dia selepas urusan perceraian di Mahkamah Keluarga Seoul.

"Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada semua orang dan Lee Dong Gun akan berusaha keras untuk berikan yang terbaik sebagai pelakon," katanya.

Difahamkan, bekas isterinya Jo Yoon Hee mendapat hak penjagaan anak perempuan mereka.

Malah, Jo Yoon Hee turut sudah memadam kesemua foto di laman Instagram dan membiarkan ia kosong tanpa sebarang perkongsian selepas berita perceraian mereka diumumkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lee Dong Gun, Jo Yoon Hee,

Artikel Lain