suria

Pengawal panik! Lady Gaga tak sedar bawa rantai berlian bernilai RM130 juta ke restoran

Lady Gaga akui tidak sedar masih memakai rantai tersebut selepas selesai majlis.

PENYANYI Lady Gaga mendedahkan dia tidak menyedari memakai rantai berlian berharga AS$30 juta (RM130 juta) semasa dalam perjalanan menuju ke sebuah restoran selepas selesai Anugerah Oscar 2019.

Menurut laporan Page Six, Gaga memaklumkan dia terlalu gembira sehingga terlupa mengenakan rantai eksklusif Tiffany & Co. sehinggalah ditahan oleh pihak keselamatan syarikat tersebut semasa dalam perjalanan.

"Saya tidak tahu apa yang jadi malam itu, saya terlalu gembira kerana menang anugerah.

"Adik datang ke belakang pentas dan ketika kami berlalu pergi, kami tak maklumkan pada sesiapa dan masih ada rantai berlian di badan.

"Semua orang ketakutan bila tahu saya masih memakainya, pihak Tiffany juga ketakutan dan saya dengar mereka kata 'dia pergi dengan berlian!'," katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Shallow ini berkata pengawal keselamatan sentiasa memerhatinya sehinggalah dia berada di kediaman Madonna.

"Ketika kami pergi ke rumah Madonna, pengawal memerhatikan saya dari setiap sudut... setiap kali saya memeluk seseorang, mereka akan datang dekat untuk memastikan berlian itu masih bersinar!

"Semasa kami mahu bergerak ke restoran Taco Bell, kenderaan kami dihalang dan pihak keselamatan Tiffany dengan sopan mencabut rantai itu dari leher saya," ujarnya.

Lady gaga, diamond

Artikel Lain