suria

Ivan Gunawan minta masyarakat ikut norma baharu - “Jangan jadi liar... bahaya koronavirus mungkin sama dengan HIV!”

Ivan berhati-hati dan kawal diri daripada melakukan aktiviti yang boleh mendedahkan dirinya dengan bahaya Covid-19. Foto: tribunnews

PENGACARA dan pereka fesyen popular Indonesia, Ivan Gunawan akur dengan keputusan kerajaan negaranya yang mahu masyarakat mengamalkan norma baharu dalam kehidupan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Ivan berkata, dia sudah bersiap sedia dan mengambil langkah-langkah pencegahan sejak awal serta sentiasa berjaga-jaga ketika berada di luar rumah.

"Sebolehnya saya akan berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada... sebab kalau dilihat, mungkin sekarang ini koronavirus itu sama saja dengan penyakit HIV atau mungkin penyakit berbahaya lain.

"Jadinya kita harus menjaga diri kita dan hidup dalam kebersihan. Kalau nak mendekati seseorang, kita harus tahu latar belakang terlebih dahulu," katanya kepada Tribunnews.

Bimbang dijangkiti Covid-19, komentator program D'Academy Asia ini berkata dia menjaga perilaku dan mengawal diri daripada melakukan aktiviti yang terdedah dengan bahaya Covid-19.

"Saya letakkan dalam minda untuk sentiasa berasa khuatir bahaya ini, jadi tidak ada sesuatu perkara liar yang akan berlaku.

"Adanya kelonggaran, kita tetap harus menahan diri, apabila aktiviti dibenarkan jangan pula kita jadi liar seolah-olah tidak ada hari esok!," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ivan Gunawan

Artikel Lain