suria

Taylor Swift selar kenyataan Donald Trump, ‘tweet’ terima lebih 2 juta tanda suka

Taylor Swift selar kenyataan ditulis Presiden Amerika Syarikat di Twitter.

PENYANYI Taylor Swift meluahkan rasa kurang senang dengan status yang ditulis oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Twitter, baru-baru ini.

Menurut laporan Elle, Taylor menulis kekecewaannya terhadap kenyataan tidak sensitif Donald itu menerusi laman sosial sama pada Sabtu lalu.

"Setelah membakar api perkauman kulit putih dan sepanjang pemerintahan anda punya keberanian untuk berpura-pura memiliki moral dalam kekuasaan sebelum mengugut dengan kekerasan, ” tulis Taylor.

Penyanyi lagu Blank Space ini juga berpendapat kenyataan Donald yang mahu melakukan kekasaran kepada mereka yang menyertai demonstrasi memprotes kematian George Floyd adalah tidak wajar.

“Ketika rampasan bermula, penembakan juga akan dibuat. Kami tidak akan memilih kamu November nanti, ” tulisnya lagi.

Status yang ditulis Taylor itu menerima retweet lebih 400,000 pengguna dan menerima hampir dua juta tanda suka.

Bagaimanapun, kenyataan yang ditulis Donald sudah dipadam oleh Twitter kerana melanggar terma.

Pada Isnin lalu, kematian George Floyd, 46, mencetuskan kemarahan apabila seorang pegawai polis kulit putih Derek Chauvin bertindak di luar batas kemanusiaan ketika menahan mangsa.

Rakaman video menunjukkan Chauvin menekan lututnya di leher mangsa walaupun George berulang kali mengatakan "tolong saya tidak boleh bernafas".

Gara-gara isu ini pemerintah mengistiharkan darurat di Fulton County, bandar raya terbesar di Atlanta, berikutan rusuhan besar-besaran.

Taylor Swift, Donald Trump

Artikel Lain