suria

Buat hal lagi! Nia Ramadhani keliru nak makan atau minum 'topping jelly'

Nia Ramadhani keliru sama ada mahu makan atau minum jeli dalam minuman.

APA sahaja yang dilakukan oleh pelakon Nia Ramadhani pasti menarik perhatian netizen.

Terbaharu, rakaman video Nia di Instastory mengenai pertanyaan cara memakan jeli dengan betul.

Menerusi rakaman tersebut, Nia secara spontan bertanyakan cara untuk menikmati jeli dalam air minuman yang dibeli.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakai pisau atau gigit?” - Gelagat Nia Ramadhani tak tahu cara kupas buah salak jadi trending di Twitter

Dia kelihatan bingung dan keliru sama ada ingin meminum terus jeli itu atau mengunyahnya seperti biasa.

"Eh dimakan ya? Makan atau minum," soal Nia.

"Ditelan sajalah," jawabnya semula.

Rakaman video berdurasi lima saat itu tular di media sosial dan mengundang pelbagai komen daripada netizen.

Pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini sering menjadi perbualan netizen kerana aksi spontan dalam video antaranya tidak tahu mengupas buah salak.

Nia Ramadhani

Artikel Lain