suria

Bekas ahli kumpulan T-Ara, Areum, selamat lahir bayi lelaki

Han Areum selamat melahirkan bayi lelaki pada 31 Mei lalu.

BEKAS ahli kumpulan T-Ara, Han Areum mengumumkan kelahiran anak sulungnya di Instagram pada Isnin.

Penyanyi itu berkongsi gambar suami dan anak sulungnya yang lahir pada 31 Mei lalu.

"Saya mula mengalami kontraksi pada 29 Mei dan bergegas ke hospital. Kerana komplikasi, kami memutuskan untuk menjalani pembedahan C-section pada hari ketiga dan menyambut kelahiran bayi kami.

"Saya tertanya-tanya jika saya memberikan lebih dari apa yang dia perlukan. Tetapi, saya mengetahui bahawa bayi kami dilahirkan besar dan sihat dengan berat empat kilogram (kg) (kira-kira 8,82 paun).



Han Areum berkongsi foto suami dan anaknya di Instagram pada Isnin.

"Ibu tertanya-tanya jika awak tak mahu keluar kerana awak tak mahu ibu menderita. Awak anak kecil ibu yang berharga. Ibu harap ibu cepat sembuh supaya dapat memberi makan kepada awak.

"Ini adalah permulaan untuk keluarga kita. Keluarga yang saya sayangi. Dua lelaki yang saya sayang.

"Sayang, awak juga sudah buat yang terbaik. Awak dah melalui banyak perkara. Saya sayang awak," tulisnya.

Han Areum dan suaminya melangsungkan perkahwinan pada Oktober 2019.

Sumber: Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Han Areum, T-Ara

Artikel Lain