suria

Scott Disick luangkan banyak masa dengan Kourtney Kardashian selepas putus dengan Sofia Richie

Scott dan Kourtney dirakam menghabiskan hujung minggu bersama.

SELEPAS pendedahan hubungan cinta dengan model Sofia Richie berakhir, Scott Disick dilaporkan menghabiskan waktu hujung minggunya dengan bekas kekasih, Kourtney Kardashian.

Memetik laporan Hollywoodlife, Kourtney dan Scott banyak meluangkan masa bersama sejak bapa tiga orang anak itu berpisah dengan Sofia Richie.

Biarpun sebelum ini Sofia mengatakan dia berasakan Scott lebih menyayangi Kourtney namun hubungan model itu dengan personaliti terkenal tersebut hanya baik demi menjaga anak-anak mereka.



Kourtney dikatakan menjadi salah satu punca Scott dan Sofia berpisah.

"Scott akan sentiasa sayang Kourtney tapi menyedari mereka hanya mampu menjalinkan hubungan yang baik sebagai ibu bapa bukan sebagai pasangan kekasih," kata sumber.

Baru-baru ini, Hollywoodlife melaporkan hubungan cinta pasangan model Scott dan Sofia sudah berakhir selepas tiga tahun bercinta.

Menurut laporan tersebut, Sofia gagal menyelamatkan hubungan mereka kerana Scott kembali berhadapan dengan masalah kemurungan dan Kourtney juga salah satu punca perpisahan mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain