suria

Adik dedah Reino Barack dekati Syahrini selepas putus dengan Luna Maya

Luna pernah berbincang dengan Syahrini mengenai hubungan dengan Reino.

ADIK kepada penyanyi dan pelakon Syahrini iaitu Aisyahrani mendedahkan kakaknya masih mempunyai kekasih ketika usahawan Reino Barack cuba mendekati.

Malah, pelakon Luna Maya yang juga bekas kekasih Reino pernah berbincang secara serius dengan Syahrini mengenai hubungannya dengan Reino ketika itu.

Bagaimanapun, hubungan Syahrini dan Rieno yang kini merupakan suaminya itu semakin rapat selepas selebriti kelahiran Indonesia itu putus dengan teman lelaki.

Menurut Aisyahrani, hati Syahrini mula terpikat dengan Rieno selepas melihat kesungguhan dan tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan kakaknya.



Bekas kekasih Luna, Rieno cuba dekati Syahrini ketika aktres itu masih ada kekasih.

Luna dan Reino pernah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun namun mereka berpisah pada sekitar Ogos 2018.

Reino Barack berkahwin dengan Syahrini di Masjid Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari tahun lalu.

Majlis pernikahan Syahrini dan Reino dikawal ketat oleh pihak berkuasa dan tiada seorang tetamu pun dibenarkan membawa kamera melainkan jurugambar bertugas.

Sumber - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Luna Maya, Syahrini, Reino Barack,

Artikel Lain