suria

Scott Disick sedar diri tak boleh hidup tanpa Sofia Richie

Scott akan cuba dapatkan semula Sofia selepas dia memperbaiki diri menjadi lebih baik.

MODEL terkenal Scott Disick meluahkan rasa rindu terhadap bekas kekasih yang juga seorang model iaitu Sofia Richie.

Memetik laporan Hollywoodlife, Scott Disick memberitahu dia mahu menawan kembali hati Sofia Richie selepas memperbaiki dirinya menjadi lebih baik.

"Scott sangat gembira kalau dapat khabar daripada Sofia. Dia sangat merindui Sofia dan menyedari kehidupannya kini tanpa Sofia.

"Dia teringat semua kenangan manis dan keseronakan mereka ketika bercuti bersama. Scott rindui personaliti dan kehadiran Sofia yang sentiasa ada untuknya.

"Sekarang ini, barulah Scott menyedari dia terlalu mengambil kesempatan terhadap bekas kekasihnya itu," kata sumber terdekat.

Pada penghujung Mei lalu, hubungan cinta pasangan model Scott Disick dan Sofia Richie dilaporkan sudah berakhir selepas tiga tahun bercinta.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Scott Disick, Sofia Richie,

Artikel Lain