suria

Miliki 8,000 pekerja pusat karaoke... Inul Daratista sedih idea sering diciplak pesaing!

Inul sentiasa hadir dengan idea baharu bagi memastikan pusat karaoke miliknya terus maju dan bertahan.

MENJALANKAN perniagaan pusat karaoke dan memiliki beberapa cawangan di seluruh Indonesia, penyanyi Inul Daratista mengakui pernah berasa sedih apabila ideanya dicuri oleh pesaing dalam bidang yang sama.

Meskipun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran, Inul berkata dia tidak pernah menyerah dan terus memikirkan idea baharu bagi memastikan perniagaannya terus bertahan.

"Memang macam itulah... ada yang meniru tapi sebagai orang yang pertama mengeluarkan idea ini saya bangga kerana kreativiti dan idea banyak yang tiru.

"Walaupun berasa sedih kerana mereka tidak kreatif dan cuma tahu curi idea orang lain tanpa malu-malu tapi saya tidak pernah menyerah.



Inul berkongsi pahit manis bergelar usahawan.

"Banyak lagi idea ada dalam otak saya yang akan dikeluarkan dalam perniagaan ini. Sebagai pemilik saya tak boleh goyang kaki sahaja, saya kena bereksperimen dan buat banyak inovasi dan idea bagus untuk memuaskan pelanggan," katanya menerusi Instagram.

Enggan terus bersedih, penyanyi lagu Goyang Inul ini berkata dia sentiasa berfikiran positif dan berusaha untuk memajukan perniagaan dan tidak kisah jika idea baharunya itu ditiru oleh pesaing.

"Setiap orang memiliki kelebihan dan perlu berusaha jika ingin menjadi yang paling depan, begitu juga saya tidak pernah menyerah dengan idea-idea baharu, kali ini saya mahu buat animasi canggih berteknologi dalam bilik (karaoke).

"Idea ini pasti akan ditiru oleh orang lain terutamanya pesaing yang mahu premis perniagaan mereka indah seperti tempat saya... It's okay," ujarnya.

SUMBER: Liputan6

Inul Daratista

Artikel Lain