suria

“Tak serupa langsung!” - Netizen tak puas hati Kristen Stewart dipilih bawa watak Puteri Diana

Netizen tidak berpuas hati dengan pemilihan Kristen Stewart untuk memainkan watak Puteri Diana.

PELAKON terkenal antarabangsa Kristen Stewart dipilih untuk melakonkan watak Puteri Diana dalam filem baharu yang menceritakan tentang kehidupan wanita itu.

Kristen, 30, telah menandatangani kontrak untuk filem Spencer, yang berlatarbelakangkan garis masa 90an di mana Puteri Diana membuat keputusan bahawa perkahwinannya dengan Putera Charles tidak mampu bertahan.

Namun, berita itu mencetuskan reaksi negatif netizen di Twitter yang mempersoalkan pemilihan bintang Twilight ini sebagai pelakon yang memainkan watak Diana.

"Apa yang tak kena agaknya?



Kristen Stewart bakal melakonkan watak Puteri Diana dalam sebuah filem berjudul Spencer.

"Tak boleh ke pilih pelakon Inggeris?

"Ramai pelakon Inggeris yang lebih baik untuk watak ini. Puteri Diana ada class, Kristen tak ada. Mereka tak serupa langsung!

"Kristen Stewart berlakon sebagai Puteri Diana, keputusan yang salah sama sekali," kata beberapa pengguna.

Bagaimanapun, pengarah filem Pablo Larrain mempertahankan keputusannya memilih aktres tersebut dengan alasan Kristen merupakan salah seorang pelakon terhebat masa kini.

Pablo yang berasal dari Chile turut berkata Kristen mempunyai banyak personaliti dan itu yang dicari untuk watak Puteri Diana.

"Kristen merupakan salah seorang aktres terhebat pada masa kini.

"Dia ada banyak personaliti, dan dia boleh jadi seorang yang penuh misteri dan sangat rapuh dan juga sangat kuat. Itu yang kita perlukan.

"Gabungan unsur-unsur ini buat saya terfikir tentang Kristen. Cara dia bertindak balas terhadap skrip dan bagaimana dia mendekati watak itu, ia begitu indah untuk dilihat.

"Saya rasa dia akan melakukan sesuatu yang menakjubkan dan menarik pada masa yang sama," kata Pablo.

Sumber: DailyMail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kristen Stewar, Princess Diana

Artikel Lain