suria

Danny Masterson didakwa rogol 3 wanita, berdepan hukuman 45 tahun penjara

Peguam yang mewakili Danny menegaskan anak guamnya tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

PELAKON Danny Masterson didakwa atas tuduhan merogol tiga orang wanita sekitar tahun 2001 sehingga 2003 dan dia dijangka berdepan dengan hukuman 45 tahun penjara.

Memetik laporan Hollywoodlife, Danny didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap wanita berusia 23 tahun pada Januari dan Disember manakala mangsa kedua berusia 28 tahun sekitar April 2003.

Pada sekitar Oktober dan Disember 2003, dia juga telah melakukan perbuatan yang sama terhadap wanita berusia 23 tahun.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Danny menegaskan bahawa anak guamnya tidak bersalah atas kesemua tuduhan tersebut memandangkan mereka sudah mengumpul bukti serta saksi yang akan beri keterangan.

"Danny tidak bersalah atas tuduhan tersebut dan kami yakin dia akan menang dalam kes ini memandangkan bukti sudah ada serta beberapa orang saksi akan tampil memberi keterangan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain