suria

Nia Ramadhani kongsi rahsia rumah tangga bahagia - “Jangan buka dompet atau telefon suami”

Nia Ramadhani hidup bahagia dengan suami tersayang, Ardi Bakrie.

SEPANJANG 10 tahun melayari alam perkahwinan dengan usahawan Ardi Bakrie, pelakon Nia Ramadhani mengakui ada ketikanya hubungan mereka turut diuji.

Nia bagaimanapun berkata dia mempunyai cara tersendiri dalam memastikan hubungan mereka kekal intim dan harmoni.

"Saya tak suka apabila ada masalah kita bertanya kemudian pasangan hanya mendiam diri... sikap begitu tidak akan menyelesaikan masalah.

"Pasangan kita bukannya ada kuasa psikik, boleh baca apa dalam fikiran kita. Jadi bukan salah dia, tapi salah kamu kerana tak beritahu apa yang kamu tak suka," katanya.

Sementara itu, pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini berkata dia masih berpegang pesanan ayahnya dalam menjaga keharmonian rumah tangga antaranya tidak memeriksa telefon bimbit dan dompet suami.

"Nasihat papa sebelum berkahwin, dia pesan supaya saya tak buka telefon dan dompet milik suami.

"Bukan sebab takut pasangan kita berbohong atau apa... cuma kalau kita jenis kuat cemburu takut mesej perbualan biasa sahaja akan jadi masalah besar nanti.

"Sampai sekarang saya tak pernah buka dompet dan telefon Ardi... tak mahu lihat!," ujarnya.

Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie bernikah pada 1 April 2010 dan memiliki tiga orang anak iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.

SUMBER: Tribunnews

Nia Ramadhani, Ardi Bakrie

Artikel Lain