PELAKON Ian Holm yang membawa watak Bilbo Baggins dalam filem Lord of the Rings meninggal dunia pada Jumaat lalu. Menurut laporan Guardian, berita sedih itu telah disahkan oleh agensi pengurusan aktor berkenaan. "Sangat menyedihkan Ian Holm meninggal dunia pada pagi Jumaat di usia 88 tahun. "Dia pergi dalam keadaan tenang di hospital meninggalkan keluarga dan kerjaya. "Seorang yang baik, mesra dan berbakat besar. Kami akan sangat merinduinya," katanya. Bagaimanapun, punca kematian tidak dinyatakan oleh pihak berkenaan, namun dipercayai berkaitan penyakit parkinson. Ian Holm dilahirkan pada tahun 1931 dan memulakan karier lakonan sejak tahun 1957 sebagai artis utama di teater Royal Shakespeare Company. Pada tahun 1965, dia melebarkan sayap sebagai pelakon televisyen apabila diberi tanggungjawab membawa watak Richard III dalam siri adaptasi The Wars Of The Roses yang diterbitkan oleh BBC. Dia kemudiannya diberi peluang berlakon dalam tiga filem iaitu The Bofors Gun, The Fixer dan A Midsummer Night's Dream pada tahun 1968. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!