suria

Ini alasan Nicholas Saputra enggan muat naik selfie di IG

Nicholas jadikan Instagram sebagai platform menyimpan foto kenangan. Foto: Liputan6

PELAKON Nicholas Saputra berkata dia lebih selesa menjadikan laman Instagram sebagai platform untuk menyimpan foto kenangan dan bukannya gambar swafoto (selfie).

Menurut laporan Liputan6, Nicholas memberitahu dia mula mengenali aplikasi popular itu pada tahun 2011 dan menggunakannya untuk menyimpan foto pemandangan semasa bercuti.

"Pada tahun itu belum ramai yang guna Instagram... lagi pula ketika itu saya memang suka ambil gambar jadi apabila pergi mengembara banyak gambar disimpan dalam memori yang akhirnya tak tahu letak di mana.

"Apabila jumpa Instagram, di sinilah tempat kita boleh simpan hasil fotografi itu. Begitulah konsep awal yang saya faham, jadi saya teruskan saja dengan cara itu," katanya.

Tahun lalu, pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta ini pernah memuat naik satu foto selfie selepas dia selesai menunaikan tanggungjawab mengundi dalam pilihan raya.

Nicholas berkongsi foto wajahnya bersama jari kelingking yang sudah ditanda dengan dakwat.

Perkongsiannya itu menarik perhatian peminat kerana aktor berdarah kacukan Jawa dan Indonesia ini jarang memuat naik fotonya di akaun tersebut.

Bagaimanapun, selfie tersebut dipadam selepas 24 jam dimuat naik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nicholas Saputra

Artikel Lain