suria

Selepas putus cinta dengan kekasih mat salih, foto kahwin Cita Citata dengan pelawak Anwar BAB pula curi perhatian - “Jadi juga nikahnya...”

Cita Citata dan Anwar BAB kongsi foto mereka menggayakan busana pengantin.

PERKONGSIAN foto terbaharu penyanyi Cita Citata memakai busana pengantin dengan pelawak dan pengacara Anwar BAB di laman sosial menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi tersebut menulis kapsyen mengatakan dia akhirnya selamat juga bernikah dengan Anwar yang juga memuat naik foto yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan bawa kekasih mat salih peluk Islam, Cita Citata umum batalkan pernikahan - “Bagus kerana masih belum terlambat”

Bagaimanapun, foto tersebut sebenarnya diambil ketika Cita Citata dan Anwar menjadi artis jemputan untuk acara perkahwinan di Balai Kartini, Jakarta pada baru-baru ini.

Pada awal Julai lalu, Cita Citata mendedahkan hubungan cinta dengan kekasihnya iaitu Roy Geurts yang terjalin sejak setahun lalu putus di tengah jalan.



Hasrat Cita Citata nak berkahwin dengan Roy terbatal.

Pasangan itu juga sepatutnya melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat bersetuju untuk tidak meneruskan rancangan itu atas sebab tertentu.

Sekitar April lalu, penyanyi lagu Sakitnya Tuh Di Sini memberitahu bekas kekasih 'mat salih' Roy Geurst memeluk agama Islam dan mereka merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Sejak hubungan cinta dengan bekas kekasih yang berasal dari Belanda itu, Cita Citata kerap memuat naik status di laman sosial seakan-akan memberi bayangan dia mahu melupakan kisah mereka.

Sumber - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Cita Citata, Roy Geurts, Anwar BAB, sensasi,

Artikel Lain