suria

Kisah hidup Sulli dalam dokumentari sempena setahun kematiannya Oktober depan

Sulli meninggal dunia akibat bunuh diri.

SALURAN televisyen Korea Selatan MBC akan menghasilkan sebuah dokumentari yang menyingkap kehidupan mendiang penyanyi Sulli.

Selain itu, dokumentari berkenaan juga akan memuatkan temu bual bersama ahli keluarga, rakan sekerja dan kenalan SM Entertainment penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mengejutkan! Harap ia tidak benar” - Sulli dilaporkan meninggal dunia, ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya

Pembikinan ini akan mengingati bintang itu pada ulang tahun pertama kematiannya pada Oktober ini.

Mendiang Sulli pertama kali muncul dalam industri hiburan pada tahun 2005 sebagai pelakon kanak-kanak.

Pada tahun 2009, dia memulakan karier nyanyian sebagai ahli kumpulan f (x).

Sulli meninggal dunia pada 14 Oktober 2019 ketika berusia 25 tahun akibat bunuh diri.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sulli, bunuh diri, dokumentari

Artikel Lain