suria

Pengurusan nafi Hyun Bin, Song Hye Kyo bercinta untuk kali kedua

Hyun Bin dan Song Hye Kyo sebelum ini pernah bercinta pada tahun 2008.

PIHAK pengurusan aktor terkenal Korea Selatan iaitu Hyun Bin menafikan khabar angin bahawa pelakon itu menjalinkan hubungan dengan aktres Song Hye Kyo untuk kali kedua.

Dalam kenyataan yang disiarkan pada Jumaat, pihak pengurusan menyifatkan khabar angin tersebut sebagai tidak berasas.

ARTIKEL BERKAITAN: Hyun Bin tidak jalin hubungan cinta dengan Son Ye Jin

"Khabar angin bahawa Hyun Bin dan Song Hye Kyo bercinta lagi sama sekali tidak berasas," kata pihak pengurusan pelakon itu.

Gosip itu tular selepas peminat dari China menyebarkan gambar pasangan yang dikatakan Hyun Bin dan Song Hye Kyo sedang membawa anjing peliharaan mereka berjalan pada waktu malam.

Perkara ini tidak dapat disahkan kerana gambar tersebut hanya menunjukkan bahagian belakang seorang lelaki dan wanita.

Hyun Bin dan Song Hye Kyo dilaporkan menjalin hubungan cinta pada tahun 2008 selepas membintangi drama The World Where They Live namun memutuskan hubungan pada tahun 2010.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hyun Bin, Song Hye Kyo

Artikel Lain