MENGUMUMKAN berita gembira mengenai kehamilan pada Julai lalu, penyanyi Nicki Minaj dikhabarkan sudah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya itu. Menurut laporan E! News, isteri kepada Kenneth Petty itu bersalin pada Rabu lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada pengesahan rasmi mengenai berita gembira itu. ARTIKEL BERKAITAN: Nicki Minaj Minta Sperma Rakan Sebelum ini menerusi beberapa temubual, Nicki berkata dia berdepan kesukaran sepanjang kehamilan itu antaranya kerap muntah dan mengalami alahan teruk. "Semasa berada di Trinidad awal tahun lalu, saya mengalami muntah-muntah terburuk dalam hidup... saya buntu tak tahu berapa lama alahan morning sickness itu," ceritanya. Nicki Minaj dan Kenneth Petty mengumumkan perkahwinan mereka pada Oktober 2019. Penyanyi lagu Bang Bang ini mengakui bahagia dan seronok menjalani alam perkahwinan. "Jika kau ada seseorang yang merupakan sebahagian dari jiwamu dan memahami dirimu, terasa seperti berada di puncak dunia," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!