PENDAMIK Covid-19 memberi kesan yang besar kepada para selebriti Indonesia termasuklah Vanessa Angel. Bagi menampung kehidupan dalam tempoh ini, Vanessa terpaksa memulakan peniagaan makanan iaitu kebab secara kecil-kecilan. Suami Vanessa iaitu Bibi Ardiansyah berkata, ia merupakan jalan yang sudah ditulis Tuhan kepada mereka ketika menempuh situasi sulit ini. ARTIKEL BERKAITAN: Artis kontroversi Indonesia Vanessa Angel dilaporkan berkahwin tanpa pengetahuan bapa "Alhamdulillah, Tuhan itu adil. Jadi saat ekonomi keluarga kami sedang hancur, kedai kejap bukan kejap tutup, Vanessa juga masih belum mula penggambaran dan apa-apa pekerjaan lain sehingga Covid-19 selesai. "Kita tidak tahu bila selesainya (Covid-19) dan kami fikir untuk buka kedai seperti ini," ujarnya. Vanessa dan suaminya Bibi serta anak mereka. Pasangan tersebut merasmikan bisnes baharu mereka yang diberi nama Kebab Ngidam. Mereka turut memberitahu salah satu sebab memulakan bisnes itu kerana makanan itu merupakan kegemaran Vanessa yang sering mengidam kebab ketika hamil. "Waktu itu ketika hamil saya ngidam kebab tapi tiada kedai yang buka. Akhirnya Bibi masak sendiri di rumah," ujar Vanessa. Vanessa sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dijatuhi hukuman penjara lima bukan selepas aktres tersebut didapati bersalah terbabit pelacuran. Dia ditangkap polis bersama seorang bapa ayam ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia pada 5 Januari 2019. Januari 2019. Pada Disember tahun lalu, Vanessa dilaporkan berkahwin secara senyap-senyap dengan Bibi Ardiansyah tanpa pengetahuan keluarganya. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Gala Sky Ardiansyah yang kini berusia satu bulan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!