suria

Bimbang Brad Pitt bawa virus Covid-19, Angelina Jolie larang jumpa anak-anak

Angelina takut Brad Pitt bawa virus Covid-19 dan menjangkiti anak-anak.

PELAKON Angelina Jolie dilaporkan melarang bekas suami iaitu Brad Pitt bertemu anak-anak mereka.

Menurut US Weekly, Angelina bimbang jika Brad Pitt membawa virus Covid-19 selepas pulang bercuti dengan kekasih, Nicole Poturalski dari Perancis.

Justeru itu, dia meminta Brad Pitt menjalani saringan terlebih dahulu dan kuarantin diri selama dua minggu sebelum bertemu anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya ini punca Angelina Jolie bercerai dengan Brad Pitt, lepas empat tahun baru buka mulut

"Angelina paksa Brad untuk kuarantin 14 hari selepas balik dari Perancis... katanya banyak kenaikan kes baharu di negara berkenaan.

"Dia tak mahu kalau anak-anak berjangkit virus tersebut," kata sumber.

Sementara itu, Brad Pitt pula dilaporkan mempercepatkan tempoh kuarantin dan menjalani saringan setiap dua hari.

Namun, aktres filem Maleficent itu tetap dengan pendirian meminta Brad Pitt kekal di rumah selama 14 hari.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Brad Pitt, Angelina Jolie, Covid-19

Artikel Lain