GARA-GARA kontroversi sikap buruk membabitkan penyanyi Irene Red Velvet, bintang popular ini dilaporkan kehilangan ramai pengikut di laman Instagram. Menurut laporan Koreaboo, Irene kehilangan hampir 20,000 pengikut selepas timbulnya kontroversi membabitkan dirinya baru-baru ini. Netizen memilih untuk tidak lagi mengikuti laman sosial Irene kerana kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi lagu Monster ini. Meskipun ada yang mengecam sikap Irene itu, namun masih ada segelintir peminat memberikan sokongan dan mempertahankan tindakan selebriti pujaan mereka ini. Irene memiliki lebih 7.8 juta pengikut di laman Instagram. Sebelum ini, seorang jurugaya mendedahkan Irene atau nama sebenar Bae Joo-hyun memiliki sikap buruk atau masalah attitude sepanjang mereka bekerjasama. Kontroversi itu menjadi perbualan hangat netizen sehingga memaksa Irene dan pihak pengurusan SM Entertainment membuat permohonan maaf. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!