ISTERI kepada penyanyi Indonesia Tegar Septian iaitu Sarah Sheika selamat melahirkan anak pertama mereka iaitu bayi lelaki pada Sabtu. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang meluahkan rasa syukur bergelar bapa pada usia 19 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang' Tegar selamat jadi suami pada usia 19 tahun Tegar dan Sarah, 23, yang mendirikan rumah tangga Mac lalu bersedia untuk menjalankan tanggungjawab itu dengan baik. Tegar dan Sarah berkahwin pada 20 Mac lalu. Sebelum itu, menerusi Instastory, Tegar memohon proses bersalin yang dilalui isterinya berjalan lancar. “Bismillah ya Allah semoga dilancarkan segalanya. Amin, ”ujarnya di InstaStory. Sementara itu, menerusi portal Hops.id isteri penyanyi itu melahirkan anak mereka ketika usia kandungan menceceah tujuh bulan. Menerusi laporan mStar pada 6 Mei lalu, Tegar mengumumkan Sarah hamil selepas dua bulan mereka berkahwin. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Mac lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!