ANGGOTA kumpulan EXO, Chen secara rasmi mengikuti latihan ketenteraan wajib pada Isnin. Menurut laporan Allkpop, Chen dilihat mendaftar di kem latihan ditemani empat ahli kumpulan yang lain iaitu Suho, Baekhyun, Sehun dan Chanyeol. Namun, apa yang mengejutkan peminat ialah kelibat Suho yang turut sama menghantar Chen di kem tersebut. Ini kerana Suho juga sedang menjalani latihan ketenteraan di kem berlainan. Kehadiran Suho memberi sokongan kepada Chen menyebabkan ramai peminat EXO tersentuh hati. Sementara itu, pihak pengurusan iaitu SM Entertainment enggan mendedahkan lokasi dan tempoh waktu latihan yang akan dilalui oleh Chen. Ujar wakil pengurusan, mereka mahu Chen menjalani latihan dalam keadaan tenang tanpa gangguan mana-mana pihak. Chen adalah anggota EXO keempat yang menyertai latihan ketenteraan selepas Xiumin, D.O dan Suho. Suho mula menyertai latihan ketenteraan sejak Mei lalu. Menerusi laman Twitter, nama Chen menjadi trending apabila peminat menghantar ucapan selamat dan mendoakan semoga urusan penyanyi berusia 28 tahun ini dipermudahkan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!