suria

Pelakon 'Emily In Paris' Ashley Park derita leukemia sejak usia 15 tahun, kongsi keperitan jalani kemoterapi

Ashley dedah hidap leukemia sejak berusia 15 tahun.

PELAKON drama siri popular Netflix Emily In Paris Ashley Park berkongsi penderitaan menjalani kemoterapi akibat menghidap penyakit kanser darah atau leukemia sejak berusia 15 tahun.

Ashley Park atau Ashley Jini Park, 29 berkata, dia tidak kisah berkongsi cerita mengenai penyakitnya, namun lebih menghargai jika tidak disoal tentang pengalaman sewaktu dia melalui detik sukar itu.

Ashley turut mendedahkan dia cuba melupakan tentang bahaya dan kesan sampingan akibat rawatan tersebut kerana tidak mahu perasaan negatif menguasai diri.

“Sering kali saya ditanya tentang penyakit saya, sejujurnya saya tidak kisah kerana saya tahu kepentingan dari perkongsian itu, ” katanya.

Dalam pada itu, Ashley berkata dia tidak mahu dirinya diselubungi rasa takut memikirkan kesan penyakit yang berpanjangan itu kerana khuatir dirinya akan lebih lemah.

Bagaimanapun, dia merasakan penyakit itu menjadi pendorong dia untuk menjadi lebih yakin dan berani,

“Untuk terus ke depan, hidup ini perlu fikir tentang diri sendiri, bagaimana nak menjadi lebih baik, perwatakan yang digemari, penampilan yang ditonjolkan dan jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri, kita perlu cari jalan bagaimana untuk mengatasinya bukannya terus jatuh,” katanya.

SUMBER: Daily Mail

Artikel Lain