PENAMPILAN terbaharu pelakon Ahn Jae Hyun yang dilihat semakin kurus mengundang kebimbangan dalam kalangan peminat. Menerusi Instagram, Ahn Jae Hyun memuat naik foto terkini dirinya tanpa menulis sebarang keterangan. Dalam foto tersebut, bekas suami kepada aktres Ku Hye Sun ini dilihat lebih kurus berbanding sebelumnya. Bagaimanapun ada juga pengikutnya yang memuji perubahan fizikal Ahn Jae Hyun terutamanya di bahagian rahang yang lebih tajam dan membuatkan dia kelihatan lebih tampan. Peminat sentiasa memantau keadaan Ahn Jae Hyun di laman sosial. Sebelum itu, Ahn Jae Hyun menarik perhatian peminat apabila memuat naik foto dengan tulisan 'Sekarang' di laman Instagram. Netizen membuat spekulasi bahawa Ahn Jae Hyun kini mula fokus dengan kehidupannya selepas episod hitam penceraian dengan Ku Hye Sun. Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun bercerai pada 30 Julai tahun lalu. Ahn Jae Hyun mendedahkan sepanjang tiga tahun perkahwinan itu, dia mengalami tekanan dan depresi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!