suria

Syahrini mengaku tak pandai masak tapi tahu buat kek - “Suami sangat manja, mahu itu mahu ini!”

Syahrini pandai buat kek dan sedang belajar memasak.

SEPANJANG tempoh pandemik Covid-19 ini, penyanyi Syahrini lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama suami tersayang, Reino Barack.

Menurut laporan KapanLagi, Syahrini berkata dia lebih rajin memasak dan mencuba beberapa resipi baharu terutamanya kuih-muih dan kek.

"Alhamdulillah saya sedang menikmati masa-masa indah bercinta selepas berkahwin. Apa lagi sepanjang Covid-19 ini lebih banyak masa di rumah jadi suami semakin manja... mahu itu dan mahu ini!.

"Sekarang belajar memasak, selalu salah... buat donat pun gagal, jadi buat kek sahaja.

"Memasak belum tahu, kalau buat puding saya boleh! Untuk kek pula yang tak terlalu banyak kalori. Masih belajar lagi. Ada masanya sedap, ada juga yang tak sedap," katanya.

Dalam pada itu, Syahrini berkata dia kini sedang mempelajari ilmu masakan daripada cef yang bekerja di restoran milik suaminya.

"Memandangkan restoran suami ditutup buat sementara waktu dan semua cef tak dibenarkan pulang ke negara masing-masing, jadi saya belajar memasak bersama mereka.

"Kadang-kadang kami guna panggilan video sahaja. Ada cef dari Itali dan Jepun!" ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain