suria

Berbeza dengan selebriti lain... Nicki Minaj mahu besarkan anak pertama tanpa pengasuh

Nicki Minaj masih belum memerlukan pengasuh.

PENYANYI Nicki Minaj mengakui seronok menjalani kehidupan sebagai seorang ibu selepas menimang cahaya mata sulung pada September lalu.

Menurut laporan LightHome, Nicki dan suami Kenneth Petty lebih selesa menguruskan bayi mereka sendiri tanpa pengasuh.

Perkara itu dikongsi oleh penyanyi lagu Bang Bang ini menerusi laman Twitter baru-baru ini.

"Semua orang mengatakan tentang itu (pengasuh). Saya perlu dapatkan seorang tapi saya fikir ia satu keputusan yang berat!" kata Nicki.

Nicki Minaj menjawab salah satu status yang dihantar oleh pengikut bertanyakan mengenai pengasuh untuk bayi lelakinya itu.

"Kenapa Nicki Minaj tak jadi seperti selebriti biasa dan ada pengasuh. Nicki Minaj, saya merindui kamu!

"Ini anak pertama anda. Saya faham kalau awak tak mahu ada pengasuh. Gunakan segala momen ini sebaiknya dan dapatkan pengasuh apabila anda memerlukannya," tulis pengikut.

Meskipun sibuk memberikan tumpuan penuh terhadap anaknya itu, Nicki dilihat masih aktif berinteraksi bersama peminat di media sosial.

Malah, dia juga kerap berkongsi perkembangan dan pengalaman menjadi seorang ibu.

"Malam tadi saya main Twitter sambil beri anak makan... dia tengok saya dan seakan-akan berkata jangan. Dia mahu perhatian sepenuhnya," tulis Nicki.

Pada 30 September lalu, Nicki Minaj mengumumkan sudah melahirkan cahaya mata pertama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain