PELAKON Raffi Ahmad mengakui jadual hariannya padat dengan kerja sehingga tiada masa bersama isteri. Menurut laporan HotDetik, Raffi memberitahu dia menghabiskan banyak masa di luar rumah dan hanya akan pulang pada lewat malam. "Pukul 7 pagi bangun, kemudian pukul 8.30 pagi saya sudah memulakan kerja sampailah pukul 1 pagi baru pulang ke rumah," kata Raffi ketika ditemubual oleh Deddy Corbuzier dan Ivan Gunawan dalam program Obrolan Of The Day yang bersiaran di saluran Trans TV. Raffi juga memberitahu selepas selesai penggambaran atau menghadiri sebarang acara, dia tidak terus pulang ke rumah sebaliknya singgah sebentar di pejabat terlebih dahulu. Ketika ditanya oleh Deddy mengenai hubungan bersama isteri Nagita Slavina, ini jawab Raffi Ahmad! "Tak ada... hubungan suami isteri tak ada. Penat!" kata Raffi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!