suria

Tiada visa bekerja, Michael Sheen akui sukar jumpa anak selepas berpisah dengan Kate Beckinsale

Michael sedih susah nak bertemu anak selepas berpisah dengan Kate

BEKAS suami kepada Kate Beckinsale iaitu pelakon Michael Sheen berkongsi kesukaran yang terpaksa dilalui selepas berpisah dengan aktres tersebut.

Menerusi laporan Justjared, Michael mengakui dia tidak dapat bertemu dengan anaknya iaitu Lili yang menetap di Amerika Syarikat disebabkan tidak mempunyai visa bekerja di sana.

"Saya tidak mempunyai visa bekerja untuk tinggal di Amerika. Sebab itu setiap kali saya nak melawat anak di sana, saya perlu pulang ke Britain.

"Tapi saya tidak pasti jika saya dibenarkan masuk lagi," kata aktor tersebut.

Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah pada 2003.

Kate dan Michael mempunyai seorang anak perempuan bernama Lili yang kini berusia 21 tahun.

Walau bagaimanapun, Michael Sheen dan Kate Beckinsale masih mempunyai hubungan yang baik dan sentiasa kelihatan profesional.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan