TINDAKAN bintang sensasi Gigi Hadid memuat naik foto selfie bersama anak sulungnya di Instastory mengundang pelbagai reaksi peminat seluruh dunia. Meskipun belum mendedahkah wajah bayi itu sepenuhnya, perkongsian Gigi Hadid itu membuatkan ramai teruja dan tidak sabar untuk melihat bayi perempuan ini. Lebih-lebih lagi sebelum ini Gigi dan pasangannya yang juga penyanyi Zayn Malik berjanji akan berkongsi secara sedikit demi sedikit perkembangan anak mereka. "Dia menyinari cahaya matahari," tulisnya pada foto itu. Menerusi foto yang dikongsi itu, bayi berusia dua bulan tersebut membelakangkan kamera dan mengenakan baju putih bersama seluar berwarna kelabu. Dalam pada itu, Gigi turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi kata-kata positif kepada keluarga kecilnya itu. Terdahulu, model berketurunan Amerika-Palestin dan pasangan Zayn Malik kembali menjalinkan hubungan pada Januari 2019. Mereka menimang cahaya mata pertama pada September lalu. SUMBER: US Weekly