PENYANYI Dua Lipa mengakui emosi terganggu gara-gara tariannya di pentas Anugerah Grammy baru-baru ini dijadikan sebagai bahan jenaka atau meme. Menerusi laporan Justjared, Dua Lipa mendedahkan isu bahan jenaka itu telah memberi kesan yang mendalam kepada dirinya. "Saya mengalami pengalaman yang buruk semasa di akhir rekod pertama dan itu membuatkan saya alami kegelisahan yang melampau disebabkan kecewa dengan diri sendiri. "Malah, saya berasakan bahawa diri saya tidak layak berada di atas pentas," katanya. Penyanyi lagu Break My Heart berkata, kritikan netizen yang kejam sehinggakan sanggup menjadikan tariannya sebagai bahan ejekan itu sentiasa bermain di fikirannya. Namun Dua Lipa berterima kasih atas pengalaman tersebut kerana ia merupakan salah satu cara dia menjadi lebih yakin dan pada masa yang sama dapat memperbaiki diri. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!