PENYANYI Rap Cardi B mendedahkan dia mempunyai perasaan sentiasa ingin lakukan yang terbaik dan berasa tidak berpuas hati dengan setiap pencapaiannya. Memetik laporan Hollywoodlife, penyanyi rap berusia 28 tahun itu menganggap kejayaan yang dikecapi itu masih belum cukup kerana mahukan yang lebih baik. "Saya akui saya seorang yang bercita-cita tinggi dan diri ini sentiasa rasa kosong. Apabila kejayaan sudah menjadi milik saya, tiba-tiba ada pula perasaan gigih untuk menang dan buat lebih baik lagi. "Lebih-lebih lagi apabila saya berada di tahap yang tertinggi, bila nak tidur saja, saya akan fikir, jika sekarang ada album saya di carta no 1, bila album saya yang lain boleh berada di carta no 1 juga. Cardi B sentiasa mahu lakukan yang terbaik. "Begitu juga bila saya dapat menjual kasut saya dengan cepat, saya akan fikir dan tanya diri saya bila saya boleh buat keluaran seterusnya," jelasnya. Menerusi tema bual bersama Footwear News, Cardi B berkata dia selalu melatih dirinya untuk berfikiran positif dan akan membandingkan setiap kejayaan yang dimilikinya itu untuk capai tahap lebih tinggi lagi. Dalam pada itu, Cardi B juga memohon maaf gara-gara tampil meniru dewi Hindu Durga dalam kempen mempromosikan kolaborasi kasut terbarunya itu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!