BAKAL menyambut perayaan Diwali atau Deepavali pada Sabtu, pelakon Kareena Kapoor sudah mempunyai perancangan untuk bercuti di Dharamshala. Memetik laporan Timesofindia, Kareena yang kini hamil anak kedua memilih lokasi percutian itu disebabkan suaminya yang juga pelakon Saif Ali Khan sedang menjalani penggambaran filem di sana. Kareena dan anak mereka iaitu Taimur Ali Khan akan bertemu dengan Saif di sana dan menikmati percutian di kawasan pergunungan bersama-sama selepas hampir setahun hanya berada di rumah saja. "Saif sedang jalani penggambaran filem di Dharamshala dan saya tak pernah pergi ke sana. Jadi, saya dan Taimur akan bertemu Saif di sana. "Kami sebenarnya memang menantikan masa untuk bercuti. Ia akan menjadi satu percutian yang terbaik di kawasan pergunungan dan meluangkan masa melihat keindahan alam serta matahari. "Hampir setahun kami hanya berada di rumah dalam jangka masa yang panjang. Jadi, pergi ke Dharamshala dan berada di sana untuk beberapa hari akan menjadi terbaik," kata Kareena. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!