suria

Katy Perry berdepan tindakan saman guna jenama sama pereka fesyen Katie Perry.

Katy Perry berdepan tindakan saman dari pereka fesyen.

PENYANYI Katy Perry bakal berdepan tindakan saman kerana didakwa menjual pakaian di Australia dengan menggunakan nama pereka fesyen popular negara itu iaitu Katie Perry.

Katy atau nama sebenar Katheryn Elizabeth Hudson, 36, dilaporkan perlu mengikuti prosiding mahkamah yang difailkan oleh Katie pada Oktober tahun lalu.

Sementara itu, peguam kepada Katy Perry mengakui jenama Katy Perry hampir serupa dengan tanda dagangan pereka fesyen Australia itu.

Bagaimanapun, pihaknya menafikan penggunaan nama Katie dalam sebarang urusan perniagaan membabitkan anak guam mereka.

Menurut laporan Just Jared, peguam Katie iaitu Richard Codben SC memberitahu mahkamah pada Khamis lalu bahawa penyanyi itu mempunyai pelbagai jenis barangan jualan seperti patung Barbie dan sebagainya.

Penyanyi lagu Never Really Over ini didakwa menggunakan nama dagangan yang sama untuk koleksi Special Edition X-Large Pizza Box Kit termasuk Pizza-theme pajama dan bekas pensel.

Pihak Katy Perry mengemuka tuntutan balas kerana menganggap penggunaan nama itu bertentangan dengan undang-undang sekaligus merupakan tingkah laku yang mengelirukan pengguna kerana beranggapan Katy mempunyai kaitan dengan pereka Australia itu.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
katy perry, katie perry, saman, jenama

Artikel Lain