PENYANYI Nick Jonas mengumumkan dia bakal kembali menjadi jurulatih program The Voice musim ke-20 sekaligus menggantikan tempat Gwen Stefani. Nick menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa teruja untuk bersaing dengan tiga jurulatih lain iaitu Blake Shelton, John Legend dan Kelly Clarkson. "Pahlawan tidak pernah tidur, saya kembali dan bersedia untuk memenangi pertandingan ini. Jumpa semua di musim depan," katanya. Baru-baru ini Gwen Stefani mendedahkan dia sudah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tugas sebagai jurulatih program tersebut. Sebelum ini Nick yang juga suami kepada pelakon Priyanka Chopra itu pernah muncul sebagai jurulatih di program realiti berkenaan pada musim ke-18. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!