suria

Jennifer Lopez tangguh kahwin buat kali kedua

Jennifer dan Alex sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada awal tahun ini.

PENYANYI dan pelakon terkenal Jennifer Lopez mendedahkan majlis perkahwinannya dengan Alex Rodriguez terpaksa ditunda buat kali kedua.

Memetik laporan Justjared, Jennifer dan pasangannya sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka awal tahun namun tidak dapat dilakukan berikutan pandemik Covid-19.

Jennifer bagaimanapun tidak mahu meletakkan tarikh seterusnya dan membiarkan masa yang menentukan perancangan mereka selepas ini.

"Kami terpaksa menunda majlis perkahwinan sebab Covid-19 dan perlu kuarantin. Kami sebenarnya terpaksa tunda sebanyak dua kali dimana orang tak tahu pun.

"Perancangan pertama tak jadi kemudian yang kedua pun terpaksa tunda juga... jadi, saya tak tahu lagi bila tarikh seterusnya. Saya rasa, kita tunggu sahaja.

"Tiada apa yang perlu dipercepatkan. Kami tiada masalah dan semuanya baik. Ia akan berlaku pada masa yang tepat," kata Jennifer.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain