PELAKON Korea Selatan, Im Siwan memberi sumbangan sebanyak lebih RM73,000 sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 pada Selasa lalu. Memetik laporan Soompi, sumbangan yang dibuat oleh Im Siwan itu diletakkan atas nama kelab peminatnya iaitu Swan. Im Siwan memberitahu dia sentiasa bersyukur dengan sokongan yang diberikan peminatnya dan mengambil keputusan untuk menderma sebagai tanda kasih sayang yang diterima daripada mereka. Seperti yang diharapkan Im Siwan, wang tersebut akan digunakan untuk membantu kanak-kanak yang datang dari keluarga kurang berkemampuan. Sebelum ini, The Community Chest of Korea berkongsi bahawa Im Siwan pernah menderma dengan jumlah yang sama untuk pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!