suria

Shawn Mendes kecewa dituduh seorang gay, berdepan situasi memalukan sejak remaja

shawn mendes

PENYANYI Shawn Mendes mengakui kecewa dan terkilan apabila dirinya dikatakan mengamalkan homoseksual atau menyukai pasangan sama jantina.

Menurut laporan People, Shawn berkata dia menerima tuduhan tersebut sejak remaja dan sehingga kini masih ramai memperkatakan mengenai perkara itu.

"Saya sangat kecewa kerana dalam hidup, saya sangat rapat dengan mereka yang memiliki orientasi seksual itu secara tertutup.

"Saya marah terhadap mereka (membuat fitnah) kerana benda yang tak masuk akal," katanya semasa ditemubual dalam podcast Armchair Expert yang dikendalikan oleh Dax Shepard, baru-baru ini.

Sebelum ini menerusi portal Ace Showbiz, penyanyi lagu Treat You Better ini mengakui dia dituduh sebagai gay sejak usia 15 tahun lagi.

Katanya, tuduhan itu timbul kerana keunikan suaranya dan aksi dia duduk sambil menyilang kaki yang dianggap menyerlahkan sisi feminin.

Meskipun sudah menjalinkan hubungan istimewa dengan Camila Cabello pada Julai 2019, namun dakwaan dia seorang homoseksual masih lagi menjadi perbualan hangat di media sosial.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain