suria

Berkenalan di aplikasi temu janji, Lana Del Rey bertunang dengan Clayton Johnson

Lana Del Rey bertunang dengan pemuzik, Clayton Johnson.

PENYANYI Lana Del Rey dilapor sudah bertunang dengan teman lelakinya, Clayton Johnson, 31, yang juga merupakan seorang pemuzik.

Pasangan itu berkenalan menerusi satu aplikasi 'dating' pada Ogos lalu dan tidak menyembunyikan kisah cinta kepada umum.

Penyanyi lagu Summertime Sadness itu dilihat memakai sebentuk cincin ketika meraikan Halloween pada hujung Oktober lalu.

Spekulasi mengenai pertunangannya terus bertiup hangat ketika Lana, 35, hadir sebagai tetamu untuk program The Tonight Show with Jimmy Fallon yang diadakan Isnin lalu dengan memakai cincin yang sama.

Lana sebelum ini pernah bercinta dengan seorang pegawai polis, Sean Larkin.

Kedua-duanya tampil buat pertama kali di tempat awam pada September 2019, walau bagaimanapun hubungan mereka dilaporkan putus pada awal tahun ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain