PENYANYI dangdut Inul Daratista mengakui terkejut apabila melihat penampilan terbaharu suaminya iaitu Adam Suseno tanpa misai di wajah. Menerusi laman Instagram, Inul berkata ini adalah kali pertama dia melihat wajah suaminya berbeza sejak 25 tahun mereka mendirikan rumah tangga. "Seumur hidup kenal Abang Adam, baru kali ini saya lihat Abang Adam tanpa kumis (misai). "Auto terkejut! Ya ampun sayang!" tulisnya pada ruangan kapsyen bersama sekeping foto imej terbaharu suaminya itu. Inul kongsi wajah terbaharu suaminya tanpa misai. Inul Daratista dan Adam Suseno berkahwin pada tahun 1995 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Yusuf Ivander Damares berusia 11 tahun. Sebelum ini Inul mengakui perjalanan rumah tangga mereka bukanlah mudah kerana turut diuji dengan pelbagai dugaan. Bagaimanapun dia bersyukur suami sentiasa memberikan sokongan dan melengkapi antara satu sama lain. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!