PASANGAN selebriti Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin sangat terbuka berkongsi mengenai percintaan mereka yang terjalin sejak Disember 2018 malah dikatakan mereka sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin. Memetik laporan Lovekpop, Lee Kwang Soo dan teman wanitanya dijangka akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun hadapan namun tarikh majlis tersebut masih menjadi rahsia. Bagaimanapun, beberapa sumber mengesahkan pasangan itu sudah melakukan persiapan untuk menjalani kehidupan rumah tangga dengan membeli sebuah rumah bersama. Biarpun ahli Running Man dan kekasihnya masih mengunci mulut mengenai perkara tersebut namun peminat mereka meluahkan rasa teruja menantikan hari bahagia pasangan itu. Sebelum ini, Lee Kwang Soo mengakui dia dan Lee Sun Bin lebih selesa berkongsi mengenai hubungan cinta mereka daripada menipu peminat. "Tiada alasan yang istimewa pun, saya hanya tidak mahu diri saya menipu dan begitu juga dengan dia (Lee Sun Bin)," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!