SEMPENA meraikan ulang tahun kelahiran ke-25 ahli kumpulan BTS, V, peminat setianya di China mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah akedemi muzik yang menggunakan nama idola mereka itu. Army (nama gelaran peminat BTS) di sana memilih nama sebenar V iaitu Kim Taehyung sebagai nama sekolah tersebut yang terletak di Guangxi Zhuang. Tujuan penubuhan akademi itu bagi memberi peluang kepada bakal pemuzik muda yang mempunyai minat mendalam terhadap seni muzik bagi melebarkan sayap mereka. Sementara itu, V menyatakan dia tidak mempunyai sebarang agenda istimewa bagi meraikan hari lahirnya yang disambut 30 Disember ini. Sebaliknya, jejaka kacak itu mengatakan dia sangat merindui para peminat dan berharap dapat bertemu dengan mereka semula secepat mungkin. BTS sepatutnya mengadakan konsert jelajah dunia pada April lalu namun terpaksa dibatalkan gara-gara pandemik Covid-19. Selain V, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2013 itu turut dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin dan Jungkook. Sumber: Pinkvilla Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!