suria

Syahrini gembira akhirnya dapat balik kampung suami di Jepun naik pesawat peribadi

Aksi Syahrini dan suami semasa dalam pesawat peribadi.

SELEPAS beberapa bulan berkurung di rumah kerana pandemik Covid-19, penyanyi Syahrini dan suami iaitu Reino Barack terbang ke Jepun bagi menziarahi keluarga di sana.

Menerusi Instagram, Syahrini memuat naik foto bersama suami di dalam pesawat peribadi dan memberitahu sedang dalam perjalanan ke negera kelahiran suaminya itu.

"Up in the air. In the middle of Manila and Shanghai to Japan! Pulang kampung," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, Syahrini menutup ruangan komen pada foto tersebut.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Seperti Itu? ini turut berkongsi rakaman video pendek ketika pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, Jepun.

"Alhamdulillah Ya Allah Ya Rab" tulisnya.

Sebelum ini, Syahrini pernah meluahkan kerinduan terhadap kampung halaman suaminya itu dan berharap untuk dapat segera menziarahi keluarga mentuanya itu.

Syahrini dan suaminya, Reino Barack mendirikan rumah tangga di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain